Masyarakat Sabah sudah penat akan corak pentadbiran kerajaan sekarang
159 views · Published 25 April 2015 · 2:32 · Indexed 11 October 2026
Channel: jefferi chang · 2015 · People & Blogs
HIMPUNAN MAY DAY SABAH Sidang Media Gabungan Gabungan NGO Wilfred Gaban Momogun 25 April 2015 Wilfred Gabon dari Momogun melihat keperluan berdiri untuk hak legitimasi kerana masyarakat sudah penat akan cara dan corak pentadbiran kerajaan sekarang yang sudah berkuasa lebih daripada 40 tahun dan keadaan tersebut tidak sepatutnya diteruskan lagi. Menurutnya, kerajaan sepatutnya mengambil peluang ini untuk bekerjasama dengan rakyat untuk membina sebuah negara yang lebih baik di mana kita tidak boleh mempunyai pentadbiran yang berdasarkan bangsa dan agama tetapi perlu maju lebih lagi ke arah pemikiran akal dan rasional Beliau menekankan keperluan dasar yang adil kepada semua rakyat termasuk kepada pendatang dan mengingatkan bahawa cara pentadbiran kerajaan sekarang yang bersifat agama dan bangsa adalah salah. Wilfred juga menegaskan bahawa perhimpunan ini adalah khas untuk mengetengahkan keluhan isu dan permasalahan masyarakat orang Sabah dan bukan orang Malaya dan tiba masanya kerajaan mengambil serius akan seruan tersebut. ***
More from this channel
-
4:30
Richard and Olivia Wedding Clip
-
4:23
Vun Fook and Suzana Wedding Clip
-
7:09
What is Christmas mean to you?
-
3:08
Stephen and Dyana Wedding #1
-
3:58
Stephen and Dyana Wedding Clip #2
-
4:14
ASCCC Video Presentation
-
3:02
Tribute - Kota Kinabalu Rain
-
6:41
Malam Tiong Hua 99 Kolej Zaba University Malaya 01