Perhimpunan 1 May adalah hak yang dijamin oleh perlembagaan Malaysia.
80 views · Published 4 May 2015 · 4:04 · Indexed 11 October 2026
Channel: jefferi chang · 2015 · People & Blogs
Jannie Lasimbang Bersih Sabah 4 May 2015 KOTA KINABALU: Jurucakap penganjur Himpunan May Day Sabah, Jannie Lasimbang ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabah menyatakan perhimpunan pada 1 May adalah hak yang dijamin oleh perlembagaan Malaysia. Beliau juga menyatakan bahawa himpunan tersebut memberi peluang kepada masyarakat untuk menyuarakan dan mengetengahkan kesusahan mereka di mana selama ini surat mereka tidak dipedulikan oleh jabatan kerajaan. Jannie juga kesal akan sikap pemimpin terutamanya Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Pairin Kitingan yang gagal akan menangani dan bertindak akan isu kedatangan pendatang tanpa izin terutamanya selepas laporan suruhanjaya tersebut telah diumumkan. Selain dari itu, beliau juga mengatakan himpunan 1 May tersebut juga telah mengutarakan dan mengetengahkan isu cukai GST dan pembinaan empangan Kaiduan yang merupakan isu yang penting kepada masyarakat Sabah. Jannie juga menyangkal kenyataan negatif sesetengah pemimpin Barisan Nasional yang mendakwa bahawa himpunan ini telah mengajar generasi muda melanggar peraturan dan undang-undang negara adalah tidak benar sama sekali kerana himpunan ini adalah dalam peruntukan perlembagaan negara. Beliau ingin mengingatkan kepada mereka bahawa penganjur telah memaklumkan acara perhimpunan kepada pihak berkuasa dan memohon penggunaan padang merdeka sejak awal lagi, namun ia tidak dibenarkan oleh pihak penguasa bandar raya walaupun penganjur berhak menggunakan kawasan lapang tersebut. Jannie menegaskan bahawa pihak penganjur dan orang awam berhak menggunakan kawasan lapang tersebut dan pihak berkuasa bandar raya sepatutnya memastikan ia sentiasa terbuka kepada orang awam. Beliau juga ingin mengingatkan kerajaan dan penyokong Barisan Nasional bahawa ini adalah sebahagian daripada proses demokrasi dan sekiranya mereka inginkan negara Malaysia maju, mereka sepatutnya menghormati peruntukan dan hak yang termaktub dalam perlembagaan negara. Menjawab persoalan bahawa himpunan tersebut tidak menghormati perayaan Kaamatan, Jannie juga ingin menjelaskan bahawa tujuan perayaan tersebut adalah untuk memberi penghargaan kepada semangat padi Bambarayon akan jumlah tuaian padi yang banyak. Mamun, apabila tanah-tanah kepunyaan orang tempatan dirampas maka kehidupan masyarakat akan menjadi susah. Ketiadaan tanah untuk tuaian padi yang banyak, maka tidak ada maknanya perayaan dan pengetahuan akan kebudayaan Kaamatan tersebut untuk diwariskan dan diperturunkan kepada generasi muda yang akan datang ***
More from this channel
-
4:30
Richard and Olivia Wedding Clip
-
4:23
Vun Fook and Suzana Wedding Clip
-
7:09
What is Christmas mean to you?
-
3:08
Stephen and Dyana Wedding #1
-
3:58
Stephen and Dyana Wedding Clip #2
-
4:14
ASCCC Video Presentation
-
3:02
Tribute - Kota Kinabalu Rain
-
6:41
Malam Tiong Hua 99 Kolej Zaba University Malaya 01