Konvensi Hak Asasi Manusia resolusi 15/21 iktiraf hak berhimpun aman

94 views · Published 25 April 2015 · 3:43 · Indexed 11 October 2026

Channel: jefferi chang · 2015 · People & Blogs

Watch on YouTube

HIMPUNAN MAY DAY SABAH
Sidang Media Gabungan Gabungan NGO

Andrew Ambrose (ATAMA)
Community Activist

25 April 2015

Aktivist sosial dan juga selaku wakil pertubuhan Belia Orang Asal Antarabangsa, Andrew Ambrose terkejut melihat perubahan dalam dasar yang diambil oleh DBKK dalam penggunaan Padang Merdeka KK untuk perhimpunan.

Belia juga mengetengahkan kenyataan Menteri Luar Malaysia, Datuk Anifah Aman yang banyak menyuarakan bahawa negara Malaysia adalah negara yang “moderate” sederhana yang menghormati konvensyen-konvensyen antarabangsa ketika usaha kerajaan Malaysia untuk melobi keahlian dalam Majlis Keselamatan PBB.

Andrew mengingatkan pentadbiran negeri Sabah satu konvensi Hak Asasi Manusia resolusi 15/21 yang menyatakan PBB mengiktiraf kepentingan akan  hak berhimpun secara aman oleh orang ramai dalam tujuan politik, ekonomi dan budaya.

Beliau juga menyarankan Datuk Bandar DBKK dan pihak penguasa polis Polis, Jabatan Ketua Menteri dan Kementerian Luar Negeri berpegang kepada komitmen yang telah dipersetujui dalam resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Tambahan lagi, selaku tuan rumah bagi persidangan ASEAN seharusnya menegakkan hak demokrasi, hak rakyat dan hak asasi manusia terutamanya di Malaysia dan menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa bahawa mereka prihatin akan golong belia dan masyarakat umumnya.

More from this channel