DBKK menolak penggunaan Padang Merdeka untuk Himpunan May Day
614 views · Published 22 April 2015 · 4:50 · Indexed 11 October 2026
Channel: jefferi chang · 2015 · People & Blogs
22 April 2015 KOTA KINABALU: Jurucakap penganjur Himpunan MayDay Sabah Jannie Lasimbang kesal dengan keputusan pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu menolak permohonan jawatankuasa penganjur untuk berhimpun di Padang Merdeka. Jannie yang ditemui petang rabu selepas bertemu dengan Ketua Polis Kota Kinabalu (OCPD KK) Chandra Muthu untuk sesi perbincangan mengenai penganjuran yang akan diadakan pada Jumaat minggu depan. Menurut beliau, OCPD KK memaklumkan kepada beliau bahawa orang awam tidak dibenarkan berhimpunan di padang merdeka kota kinabalu selepas permohonan jawatan kuasa tersebut ditolak oleh DBKK. Walaupun beliau telah menjamin akan perhimpunan ini adalah aman, pihak polis masih bertegas melarang perhimpunan tersebut dan akan memohon perintah larangan dari mahkamah untuk menggunakan padang merdeka. Jannie yang kesal akan keputusan tersebut berharap pihak berkuasa terutama OCPD KK dapat menimbang semula untuk membenarkan penggunaan padang merdeka himpunan yang aman tersebut kerana penukaran kawasan akan mengelirukan orang ramai yang sudah merancang untuk datang. Beliau juga mempertikaikan keputusan pihak DBKK yang melarang penggunaan padang merdeka kerana ia adalah dimiliki oleh orang awam dan pihak DBKK hanya mengurus dan menyelenggara tempat tersebut. Namum, Jannie berharap orang ramai tidak menyalahi pihak polis atas larangan tersebut kerana keputusan tidak membenarkan penggunaan padang merdeka tersebut datang dari kabinet kerajaan negeri. William Gaban, salah seorang ahli jawatankuasa penganjur berharap kerajaan dapat memberikan peluang orang awam untuk menyuarakan perasaan dan ini adalah cara terbaik dilakukan kerana kerana mereka sudah lama tersisih. ***
More from this channel
-
4:30
Richard and Olivia Wedding Clip
-
4:23
Vun Fook and Suzana Wedding Clip
-
7:09
What is Christmas mean to you?
-
3:08
Stephen and Dyana Wedding #1
-
3:58
Stephen and Dyana Wedding Clip #2
-
4:14
ASCCC Video Presentation
-
3:02
Tribute - Kota Kinabalu Rain
-
6:41
Malam Tiong Hua 99 Kolej Zaba University Malaya 01