Dilema Baitulmaqdis - Masihkah Malaysia nak Bantu Trump? | UbahKini #6

561 views · Published 2 March 2018 · 2:02 · Indexed 16 November 2026

Channel: UbahTV · 2018 · News & Politics

Watch on YouTube

Semua orang tahu betapa baiknya hubungan Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Semua berharap, berteraskan hubungan akrab ini, Malaysia mampu lakukan sesuatu untuk melindungi Baitulmaqdis yang turut menempatkan Masjid Al-Aqsa, salah satu tempat suci agama Islam.

Jadi, bila Trump mahu jadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, takkan kita nak sekadar bantah atau hantar memorandum semata-mata.

Ya, Wisma Putra dan Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) membantah keputusan Trump itu tetapi apakah ianya memadai?

Kita perlu tunjukkan kesungguhan dalam pendirian kita. Apa nak buat? Ikutilah kupasan mengenai isu ini dalam #UbahKini 6.

More from this channel