Himpunan May Day adalah hak rakyat dan dibenarkan oleh perlembagaan.
527 views · Published 25 April 2015 · 2:31 · Indexed 11 October 2026
Channel: jefferi chang · 2015 · People & Blogs
HIMPUNAN MAY DAY SABAH Sidang Media Gabungan Gabungan NGO Asraf Sharafi GEGAR 25 April 2015 Asraf Sharafi wakil belia dari Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (GEGAR) memberikan peringatan kepada mana-mana pihak terutamanya Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) supaya menyemak semula perlembagaan Malaysia bahawa hak berhimpun ini adalah hak rakyat dan dibenarkan oleh perlembagaan. Beliau juga merujuk dalam Akta Perhimpunan Aman yang tidak menyatakan aktiviti perhimpunan memerlukan kebenaran tetapi hanya memaklumkan kepada pihak polis untuk membantu menyelia perhimpunan tersebut. Asraf juga meluahkan perasaan hairan akan tindakan pihak polis untuk mencari alasan menyekat rakyat berhimpun sedangkan tapak padang merdeka itu adalah tapak rakyat dan pihak kerajaan dan penguasa seharusnya membenarkan perhimpunan aman tersebut yang akan diadakan pada 1 Mei. Beliau juga berharap pihak pentadbir tidak memanipulasi hak rakyat dan menghalang mereka daripada bersuara dan mengingatkan pihak berkuasa terutamanya DBKK untuk mematuhi perlembagaan dan tidak provokasi peserta perhimpunan untuk menyalahkan pihak penganjur. Beliau juga menambah bahawa keadaan sudah menjadi kritikal di mana rakyat sudah berhadapan dengan beberapa isu tempatan terutamanya tuntutan BERSIH dan beberapa isu baru seperti GST yang menekan dan membebankan kehidupan rakyat.
More from this channel
-
4:30
Richard and Olivia Wedding Clip
-
4:23
Vun Fook and Suzana Wedding Clip
-
7:09
What is Christmas mean to you?
-
3:08
Stephen and Dyana Wedding #1
-
3:58
Stephen and Dyana Wedding Clip #2
-
4:14
ASCCC Video Presentation
-
3:02
Tribute - Kota Kinabalu Rain
-
6:41
Malam Tiong Hua 99 Kolej Zaba University Malaya 01