Patuhi resolusi PBB 15/21 Hak Asasi Manusia

39 views · Published 4 May 2015 · 4:25 · Indexed 11 October 2026

Channel: jefferi chang · 2015 · People & Blogs

Watch on YouTube

Andrew Ambrose (ATAMA)
Civil Society Activist

4 May 2015

KOTA KINABALU: Aktivis sosial masyarakat, Andrew Ambrose mengingatkan kerajaan Malaysia supaya mematuhi akan resolusi Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) 15/21, Hak Asasi Manusia ketika ditemui selepas sesi soal di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, pagi tadi.

Andrew yang juga salah seorang wakil gagasan Asia Tengara (ASEAN) dalam beberapa mesyuarat masyarakat peribumi antarabangsa menyatakan resolusi PBB tersebut membenarkan perhimpunan aman kepada orang awam untuk mengutarakan jenis masalah  awam, politik dan budaya.

Beliau juga ingin menegaskan bahawa tindakan tidak membenarkan himpunan tersebut akan memberi kesan negatif akan tanggapan bahawa perlembagaan tidak membenarkan rakyat berhimpun secara aman.

Andrew merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang menteri negeri di acara pertemuan Wakil Parlimen Komanwel dan berfikiran bahawa kenyataan tersebut perlu diubah suai supaya ia tidak mengelirukan orang awam.

Misalnya, dalam kenyataan yang dinyatakan bahawa terdapat orang tanpa negara “stateless people” dalam negeri ini, namun beliau menerangkan bahawa ia akan memberi gambaran bahawa orang yang tidak mempunyai dokumen adalah orang tanpa negara.

Andrew juga risau akan kenyataan tersebut juga akan memberi gambaran kepada orang awam bahawa pertubuhan masyarakat (civil society) seakan-akan sedang melakukan satu perkara yang salah.

Menurut beliau, pertubuhan masyarakat dan badan kerajaan sepatutnya faham akan tujuan dan tanggungjawab mereka. Sebagai contoh, kerajaan sepatutnya melihat akan tanggungjawab mereka untuk melindungi perlembagaan selepas mereka antara sebahagian daripada resolusi PBB.

Andrew juga menyatakan bahawa, kerajaan harus menunjukkan kepada orang ramai bahawa mereka mempunyai hak tertentu seperti kebebasan berhimpun secara aman supaya pertubuhan masyarakat dapat bertemu secara positif dengan kerajaan terutamanya pihak polis dengan keadaan aman.

Beliau berharap, masyarakat terutama Sabahan tidak perlu risau kerana mereka ada hak berhimpun secara aman yang dijamin oleh perlembagaan dan membawa harapan supaya mereka dapat berbincang dengan kerajaan tanpa tujuan berpolitik.

***

More from this channel