#AnugerahKNeway2015 Red Carpet with Dior & Dr.Dinesh 05092015

96 views · Published 8 September 2015 · 0:57 · Indexed 20 September 2026

Channel: Maison D'or Network by #DIORGDTOP-#GOYANG! · 2015 · Entertainment

Watch on YouTube

#AnugerahKNeway2015 Red Carpet with Dior & Dr.Dinesh 05092015

KENYATAAN MEDIA
Neway Karaoke Box Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1994 menerusi cawangan yang pertama, iaitu di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Sepanjang tempoh 11 tahun, Neway telah berjaya mengembangkan perniagaan dan sehingga kini mempunyai lebih 10 cawangan di sekitar Lembah Klang, Johor Baharu serta di Pulau Pinang.
Pada tahun ini, Neway Karaoke Box Malaysia buat julung kalinya menganjurkan Anugerah K Neway 2015 (#AnugerahKNeway2015) dengan sokongan penaja utama, MPI Generali Insurans Berhad. Anugerah ini bakal berlangsung pada 5 September 2015, jam 8.00 malam yang bertempat di The Garden Theatre, Mid Valley bertemakan Glam Songket.
Penganjuran Anugerah K Neway 2015 ini merupakan kesinambungan bagi Anugerah Lagu Melayu Paling Popular di Neway Karaoke Box Malaysia. Penganjuran kali pertama ini diharapkan dapat menjadi satu platform dalam memberi ruang dan peluang kepada para penggiat seni di Malaysia dalam mengetengahkan hasil karya muzik terbaik mereka.

Majlis penganugerahan yang mengkhusus kepada lagu-lagu Melayu tempatan popular ini dilihat secara tidak langsung dapat memeriahkan lagi industri muzik tanah air, sekaligus dapat menaiktaraf serta mengangkat martabat industri muzik di Malaysia. Penganjuran majlis ini bertujuan memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada para karyawan seni, khususnya kepada para penyanyi serta syarikat-syarikat rakaman muzik yang telah banyak menyumbangkan lagu-lagu terbitan mereka kepada Neway Karaoke Box Malaysia. 

 Berikut adalah senarai kategori yang dipertandingan dalam Anugerah K Neway 2015
  *Sila rujuk dibawah*
1) 10 Lagu paling hangat di Neway
2) 5 lagu paling popular di Neway
3) Artis Lelaki Terbaik Neway
4) Artis Wanita Terbaik Neway 
5) Artis Duo/Berkumpulan Terbaik Neway
6) Muzik Video Terbaik Karaoke
7) 5 Lagu Serantau Terbaik di Neway
 laman web “ anugerahk.newaykb.com.my ”.

10 Lagu Paling Hangat
1 Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang -Tegar
2 Hanya Padamu- Ainan Tasneem
3 Masih Mencintainya -Papinka
5 Tetap Menantimu -Nomad
6 Hanya Aku-- HyperAct
7 Alasan Untuk Bahagia-- Asfan
8 Romancinta- MOJO
9 Sandiwara Cinta- Repvblik
10 Setengah Mati Merindu- Judika
12 Gadis Jolobu- WARIS ft Dato Hattan

5 Lagu Baru Paling Popular
1 Di Pintumu- Firman AF2014
2 Hujung Waktu- Azhael
3 Hati Mati-- Ezad
4 Senyum Lagi -Qierra ft Mark Adam
5 Rasa Sayang -Hanie Soraya

Artis Lelaki Terbaik
1 Azhael- Emas
2 Ezad-  Perak
3 Aziz Harun- Gangsa

Artis Wanita Terbaik
1 Dato Siti Nurhaliza- Emas
2 Chomel -Perak
3 Ainan Tasneem- Gangsa

Duo/Berkumpulan Terbaik
1 HyperAct- Emas
2 Qierra & Mark Adam- Perak
3 Tasha Manshashar & Syed Shamim- Gangsa

Muzik Video Terbaik
1 Hanya Aku-HyperAct(Emas)
2 Gadis Jolobu -WARIS ft Dato Hattan (Perak)
3 Senyum -Aziz Harun(Gangsa)

5 Lagu Serantau Terbaik
1 Masih Mencintainya- Papinka
2 Selimut Tetangga-- Repvblik
3 Berharap Kau Setia- D'wapinz Band
4 Diguna-Guna Cinta- Amora Band
5 Dengarlah Bintang Hatiku- De'meises

More from this channel